Dron Bell V-247 Vigilant Diumumkan – Mampu Terbang Secara Menegak

Dron Bell V-247 Vigilant Diumumkan – Mampu Terbang Secara Menegak

Diterbitkan pada Sep 23, 2016 oleh .

Penggunaan dron akan terus berkembang di medan perang moden. Misi-misi yang dahulunya meletakkan nyawa juruterbang di dalam bahaya kini diambil alih oleh dron yang sukar untuk dikesan. Ia juga mampu melakukan misi dengan tempoh lebih lama. Amerika Syarikat ialah antara negara yang semakin serius menambah kemampuan dron mereka. Bell V-247 Vigilant ialah dron terkini yang diumumkan untuk kegunaan pasukan Marin mereka.

bell-v-247-vigilant-3Dron ini mampu terbang secara menegak seperti pesawat kipas sendeng Bell V-22 Osprey yang juga digunakan pasukan Marin. Vigilant direka untuk kegunaan di atas kapal laut. Ia boleh melakukan intipan, memburu kapal selam,kawalan kawasan udara dan melancarkan serangan ke atas musuh. Antara senjata yang boleh dibawanya ialah Hellfire, JAGM dan torpedo MK-50. Ia mampu terbang sejauh 724 Kilometer pada kelajuan maksimum 250 Knot dan beroperasi tanpa henti selama 11 jam. Pihak Marin menjangka ia akan memulakan operasi pada tahun 2023.

bell-v-247-vigilant-2


TIPS & ULASAN