Maxis Menamatkan Spotify Premium Secara Percuma Untuk Pelanggan Maxis One Bermula 23 Oktober

Maxis Menamatkan Spotify Premium Secara Percuma Untuk Pelanggan Maxis One Bermula 23 Oktober

Diterbitkan pada Sep 23, 2016 oleh .

Maxis hari ini telah mula menghantar SMS kepada para pelanggan mereka, dan mengesahkan yang mana mereka akan menamatkan penawaran langganan Spotify Premium secara percuma bermula daripada 23 Oktober 2016 kelak.

Selepas tarikh berkenaan, pelanggan Maxis akan diperlukan untuk membayar harga langganan seperti biasa – iaitu RM14.90 sebulan untuk terus menikmati langganan Spotify Premium. Maxis mengatakan mereka akan menyediakan data 3GB percuma untuk penstriman muzik bagi mereka yang melanggan pelan MaxisONE 98 dan ke atas.

Spotify

Sekiranya anda membuat langganan premium untuk Spotify melalui Maxis, maka akaun anda akan ditukar kepada akaun Spotify percuma selepas tarikh berkenaan. Pengguna boleh menaik-taraf ia kepada Spotify Premium melalui laman khusus yang disediakan oleh Maxis.

Maxis turut mengatakan mereka kelak akan memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi MyMaxis bagi memantau penggunaan data untuk muzik.


TIPS & ULASAN