Cari @ Amanz

Huawei dan Leica sebelum ini telah mengumumkan kerjasama, sekaligus membolehkan penggunaan jenama Leica dan kepakaran mereka dalam peranti keluaran Huawei. Ia telah diperlihatkan melalui Huawei P9, dan peranti berkenaan juga adalah antara peranti popular daripada Huawei buat masa ini.

Huawei Leica

Hari ini, kedua-dua syarikat popular berkenaan memperluaskan kerjasama mereka, dan telah hadir dengan pusat kajian dan inovasi mereka tersendiri, dinamakan “Max Berek Innovation Lab”.

Makmal inovasi ini terletak di ibu pejabat Leica di Jerman. Melaluinya, ia akan meneruskan pembangunan pada sistem optikal dan juga teknologi berasaskan perisian untuk fotografi. Selain daripada hanya rakaman gambar, kerjasama ini juga turut meliputi arena realiti-maya dan juga AR (augmented reality).

Selain daripada hanya kedua-dua syarikat, makmal inovasi ini juga akan turut bekerjasama dengan pelbagai pusat kajian dan universiti antarabangsa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd