Apple Dikatakan Sedang Menguji Hab Rumah Dikuasakan Siri Untuk Mengawal Peralatan Rumah

Apple Dikatakan Sedang Menguji Hab Rumah Dikuasakan Siri Untuk Mengawal Peralatan Rumah

Diterbitkan pada Sep 23, 2016 oleh .

Perkembangan arena teknologi turut membawa kepada pelbagai peranti berhubung yang boleh dikawal menggunakan arahan suara, ataupun melalui telefon pintar. Sebelum ini, kita telah melihat Amazon mempopularkannya melalui Amazon Echo, selain Google turut hadir dengan Google Home.

Kini, ia dikatakan Apple turut dalam pembangunan sebuah peranti pintar seumpama Echo yang dikuasakan oleh Siri. Melalui peranti yang masih tidak dinamakan lagi ini, ia boleh turut digunakan untuk mengawal kunci rumah, lampu, langsir, mahupun bertanyakan soalan melalui arahan suara Siri.

Projek ini dikatakan telah dalam pembangunan selama dua tahun, dan kini telah memasuki fasa prototaip. Namun, ia masih terdapat kemungkinan dimana Apple tidak memasarkannya dan membatalkan projek ini.

Apple sebelum ini telah melancarkan HomeKit yang membolehkan pengeluar aksesori rumah pintar mengintegrasikannya bersama Siri. Dan pengenalan hab untuk rumah daripada Apple ini akan memudahkan lagi kawalannya tanpa perlu mengeluarkan telefon atau menekan sebarang butang.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan sama ada peranti yang masih pada fasa prototaip ini akan menjadi produk akhir ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN