Pada bulan lepas, Mozilla telah memperlihatkan tujuh rekaan logo yang mungkin menjadi logo akhir organisasi berkenaan. Sejak ia diperlihatkan, ia menerima pelbagai maklumbalas dan kritikan daripada pengguna seluruh dunia. Kini, lanjutan daripadanya, pihak Mozilla mengurangkan pilihan kepada empat yang terakhir.

Logo Mozilla

Daripada empat logo yang diperlihatkan ini, hanya satu sahaja yang hadir daripada rekaan yang dipertontonkan pada bulan lepas, sebaliknya tiga lagi adalah yang baru dan dikemaskini daripada apa yang diperlihatkan sebelum ini.

Satu-satunya logo yang dikekalkan daripada fasa pertama adalah Protocol 2.0 yang mana membawakan konsep penggunaan perkataan protokol HTTP:// terus pada nama Mozilla, sekaligus mengubahnya menjadi Moz://a. Ia juga menggunakan warna biru yang digunakan pada Netscape, sekaligus memberikan idea kepada asas permulaan web.

Selain daripadanya, tiga lagi adalah logo baru dan yang dikemaskini daripada apa yang dipertontonkan sebelum ini.

Bagi anda, apakah logo yang diminati anda? Atau adakah logo yang diminati anda tersenarai dalam enam logo sebelum ini yang tidak diteruskan?

Logo Mozilla

TIPS & ULASAN