Cari @ Amanz

HP mempunyai beberapa pencetak mudah-alih, dan terkini mereka turut hadir dengan sebuah pencetak yang boleh dibawa kemana-mana didalam poket, dan digunakan untuk mencetak gambar terus daripada telefon pintar atau tablet.

HP Sprocket

Dinamakan sebagai HP Sprocket, ia berhubung ke telefon atau tablet melalui Bluetooth, dan boleh mencetak menggunakan teknologi ZINK Zero Ink. Melalui HP ZINK Photo Paper, pengguna tidak perlu risau akan mengenai katrij warna memandangkan segalanya hadir terus pada kertas berkenaan.

Penawaran ini lebih ditujukan kepada pengguna remaja yang ingin mencetak gambar pada bila-bila masa, disamping membolehkan mereka menambah kesan penuras serta stickers melalui aplikasi HP Sprocket sebelum mencetak sesuatu gambar.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HP Sprocket ini akan dipasarkan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd