Rekaan Kaca Mata Berkamera Snapchat Tertiris

Rekaan Kaca Mata Berkamera Snapchat Tertiris

Diterbitkan pada Sep 24, 2016 oleh .

Ura-ura Snapchat menghasilkan kaca mata berkamera ala Google Glass sudah lama kedengaran. Google telah menghentikan pengeluaran Glass buat masa ini untuk memperbaiki kelemahan yang ditemui. Snapchat walaubagaimanapun sudah bersedia untuk melancarkan kaca mata berkamera mereka lengkap dengan iklan. Iklan untuk peranti yang diberi nama Spectacles ini tertiris semalam.

snapchat-spectacles-1

Dari apa yang dipaparkan, Spectacles mempunyai sebuah kamera pada buku kiri kaca mata. Apabila melakukan rakaman, lampu kuning berbentuk bulat akan menyala. Seperti Google Glass, Spectacles digunakan untuk merakam kenangan manis pemakai. Tiada fungsi selain rakaman video diperlihatkan pada video yang tertiris. Masih wujudkah pasaran untuk kaca mata berkamera? Apakah pendapat anda?


TIPS & ULASAN