Cari @ Amanz

Minggu lalu kami melaporkan masalah EarPods Lightning gagal berfungsi selepas digunakan selama lima minit. Ini sedikit menjengkelkan kerana tahap kekuatan suara dan penggunaan siri terjejas. Apple mengakui masalah ini melanda sebilangan kecil pengguna dan menjanjikan penyelesaian dengan pantas. Hari ini kemas kini iOS 10.0.2 boleh dimuat turun dan seperti dijanjikan menyelesaikan masalah audio ini.

ios-10-0-2Selain memperbaiki pepijat EarPods, iOS 10.0.2 memperbaiki masalah aplikasi Photos gagal berfungsi sekiranya menggunakan iCloud dan masalah melibatkan aplikasi tertentu. Apple hanya memerlukan masa tiga hari untuk menyelesaikan masalah ini. Kami sedar ramai pembaca Amanz adalah pengguna Android yang tidak menggemari iOS. Tetapi hakikatnya ialah Apple memang lebih pantas mengeluarkan kemas kini apabila masalah dikesan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd