Kini Anda Boleh Menambah Topeng-Maya Pada Gambar Selfie Di Telegram Sebelum Dikongsikan

Kini Anda Boleh Menambah Topeng-Maya Pada Gambar Selfie Di Telegram Sebelum Dikongsikan

Diterbitkan pada Sep 25, 2016 oleh .

Telegram boleh dikatakan antara perkhidmatan permesejan yang menawarkan antaramuka yang ringkas digunakan seumpama WhatsApp, tetapi hadir dengan sejumlah fungsi menarik terbina padanya. Terkini, pihak Telegram turut menambah satu lagi ciri baru pada perkhidmatan mereka, iaitu kebolehan menambah topeng dan suntingan tambahan pada rakaman gambar selfie.

Telegram Selfie

Kini, selepas anda merakamkan gambar menggunakan kamera hadapan, anda boleh membuat penyuntingan – termasuk menambah topeng maya yang akan diposisikan secara automatik berdasarkan wajah anda.

Disamping itu, kemaskini baru Telegram turut menambah sokongan membuat GIF melalui aplikasi berkenaan – sekaligus memudahkan anda berkongsi gambar beranimasi bersama-sama rakan anda yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Telegram, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baru yang dibawakan ini.


TIPS & ULASAN