Uber Sedang Mengkaji Kenderaan Yang Boleh Terbang Ke Udara

Uber Sedang Mengkaji Kenderaan Yang Boleh Terbang Ke Udara

Diterbitkan pada Sep 26, 2016 oleh .

Uber merupakan salah satu perkhidmatan popular yang ditawarkan di kebanyakkan negara utama, membolehkan para pengguna membuat tempahan pemanduan ke sesuatu destinasi. Sebagai sebuah syarikat memfokuskan teknologi, mereka juga turut melabur pada pelbagai arena, termasuk baru-baru ini telah mula menguji dan menawarkan tempahan kenderaan panduan automatik di Amerika Syarikat.

Kini, bercakap untuk produk yang akan datang, melalui sebuah temuramah, ketua produk Uber mengatakan mereka sedang mengkaji kenderaan yang boleh terbang ke udara.

Untuk makluman, ini bukanlah helikopter (yang sedia ditawarkan Uber di beberapa negara), sebaliknya adalah lebih kepada bentuk kereta-terbang.

Airbus Kenderaan TerbangSeperti ramai sedia maklum, beberapa syarikat telah sedia memfokuskan kepada arena berkenaan, dan tidak mustahil untuk melihat Uber turut memfokuskan kepadanya. Melalui penawaran ini, Uber menekankan produk VTOL (Vertical Takeoff and Landing) ini akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk ke sesuatu destinasi.

Walaubagaimanapun, ia mungkin akan mengambil lebih sedekad sebelum direalisasikan.

Buat masa ini, beberapa syarikat memfokuskan kepada pembangunannya, termasuk baru-baru ini adalah Airbus dengan Projek Vahana yang ingin mengurangkan kesesakkan lalu lintas di bandar-bandar utama.

Untuk Uber, ia boleh dikatakan masih pada peringkat kajian awal – tetapi idea membolehkan kenderaan terbang yang boleh mendarat di pelbagai lokasi, termasuk atas bangunan dan lokasi utama semestinya akan membantu dalam mengurangkan kesesakkan lalu-lintas, disamping membawa pengguna ke sesuatu tempat dengan pantas.


TIPS & ULASAN