Cari @ Amanz

Peranti boleh-pakai di pasaran sekarang tidak mendapat sambutan yang diramalkan. Jualan jam tangan pintar dan penjejak kecergasan masih lagi kecil jika dibandingkan dengan peranti pintar. Jangka hayat bateri yang pendek serta tiada keperluan menjadi faktor kepada jumlah jualan rendah. Peranti boleh-pakai kini dibangunkan untuk mengelakkan insiden serangan ke atas rakan sendiri (friendly fire).

dccs-britainSerangan ke atas sekutu ialah perkara diambil ringan apabila berlaku di dalam permainan FPS seperti Counter Strike. Di dunia sebenar ia boleh mendatangkan kesan psikologi yang serius ke atas anggota yang terlibat. Peranti boleh-pakai Dismounted Close Combat Sensors (DCCS) mengesan kedudukan tentera di medan perang secara aktif.

Kelebihan DCCS ialah ia tidak bergantung sepenuhnya kepada sistem GPS. Isyarat GPS mudah terputus apabila memasuki bangunan dan kawasan urban. Lokasi anggota tentera menjadi sukar dijejak apabila ini berlaku. Ini meningkatkan kebarangkalian sekutu tertembak sesama sendiri di dalam situasi getir. DCCS menggunakan GPS apabila di luar dan sistem inertia dan pengesan magnet untuk memberikan kedudukan anggota tentera apabila isyarat GPS terputus. Peranti boleh pakai ini bolah dipasang pada helmet atau senjata yang digunakan. Pihak tentera diraja Britain berharap sistem DCCS ini boleh memulakan operasi seawal 2020.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd