Cari @ Amanz

The Pirate Bay ialah antara laman torrent paling popular dan terawal muncul di arena web. Operasinya sudah beberapa kali cuba dihentikan oleh pemegang hak cipta intelek tetapi seperti The Highlander ia enggan mati. Terdapat ratusan ribu kandungan di laman ini dan sebahagian besarnya ialah kandungan lucah. TPBclean.com baru sahaja dilancarkan yang menapis kandungan lucah. Ia dilancarkan oleh Mr CLean, seorang pembangun ang tidak mahu secara tidak sengaja melihat kandungan dewasa.

tpb-clean-2Beliau menyedari ramai pembangun dari Indian enggan melakukan projek bersama The Pirate Bay kerana tidak bersetuju dengan kandungan serta iklan lucah yang dipaparkan. Dengan adanya versi bersih ini, pengguna masih boleh terus melakukan carian torrent tanpa tertekan pautan dewasa. Mungkin selepas ini boleh dibangunkan The Pirate Bay dengan kandungan bersih dari curian hak cipta intelek pula bagi mereka yang tidak mahu terlibat memuat turun torrent cetak rompak.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd