Pengguna Note 7 Malaysia Mula Menerima Kemas Kini Menghadkan Pengecasan Bateri Ke 60%

Pengguna Note 7 Malaysia Mula Menerima Kemas Kini Menghadkan Pengecasan Bateri Ke 60%

Diterbitkan pada Sep 26, 2016 oleh .

Jualan Samsung Galaxy Note 7 sudah dimulakan semula di beberapa pasaran semula. Di Amerika 500 000 pengguna yang terjejas sudah mula menerima peranti gantian yang kini tidak lagi berisiko meletup. Pengguna di Malaysia perlu menanti sehingga 29 September ini untuk proses tukar ganti. Sungguhpun begitu kemas kini yang menghadkan pengecasan bateri ke 60% mula diterima pengguna tempatan.

bateri

Amaran akan muncul pada skrin mengingatkan pengguna supaya menghentikan penggunaan peranti dengan segera atas faktor keselamatan. Bateri kini akan hanya dicas sehingga 60% bagi mengurangkan kebarangkalian letupan berlaku. Tidak seperti Amaran yang diterima pengguna Amerika Syarikat dan Australia, tiada nombor untuk talian khas untuk pertanyaan berkenaan isu bateri disertakan.

*Terima kasih kepada pembaca yang memberikan gambar di atas kepada kami.


TIPS & ULASAN