New Line Cinema Mendapatkan Hak Untuk Filem Fruit Ninja

Diterbitkan pada Sep 26, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini kita telah melihat filem berasaskan permainan video hadir ke panggung wayang yang menerima pelbagai reaksi berbeza. Malah, pada tahun ini, kita turut telah melihat populariti filem daripada permainan mudah-alih meningkat, sebagai contoh, salah satunya adalah filem Angry Birds daripada Rovio.

Disamping itu, sejumlah kerjasama telah diumumkan oleh penerbit filem dan juga pengeluar permainan – dan berlaku perkara sama untuk Fruit Ninja. Filem Fruit Ninja dikatakan telah pun dalam pembangunan oleh pihak Halfbrick Studios dan juga Tripp Vinson. Hak untuk pengedarannya kini dilaporkan telah didapatkan oleh New Line Cinema.

Kisah penuh untuk filem berkenaan tidak diketahui lagi, tetapi dikatakan ia akan membawakan genre komedi yang memperlihatkan beberapa orang bersatu menjadi kumpulan Fruit Ninja dalam menyelamatkan dunia. Tarikh tayangan untuk filem ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami