Pesaing Slack Daripada Microsoft, Skype Teams Dikatakan Akan Dilancarkan Pada 2017

Pesaing Slack Daripada Microsoft, Skype Teams Dikatakan Akan Dilancarkan Pada 2017

Diterbitkan pada Sep 26, 2016 oleh .

Microsoft sebelum ini pernah dikatakan berminat mendapatkan Slack, tetapi mungkin ia lebih mudah dan menjimatkan kos sekiranya mereka membangunkan sendiri produk pesaingnya. Setelah diperkatakan sekian lama berkaitan dengan Skype Team, kini ia dikatakan Microsoft telah pun sedang menguji produk berkenaan.

Skype Teams ini menawarkan fungsi seumpama Slack, membolehkan pengguna berinteraksi dengan rakan-rakan dalam sesuatu organisasi dengan mudah, disamping membahagikan bilik sembang mengikut sesuatu projek dan sebagainya.

Skype Teams

Menariknya, Skype Teams akan menjadi sebahagian daripada Office 365 – sekaligus membuatkan ia sebagai salah satu pesaing yang kuat untuk Slack. Office 365 kini sedia digunakan oleh kebanyakkan perusahaan, dan mungkin mereka boleh membatalkan langganan Slack sekiranya Skype Teams hadir sebagai sebahagian daripada penawaran Office 365.

Microsoft dijangka memulakan ujian beta tertutup untuknya seawal bulan November kelak, dan mungkin dilancarkan kepada semua pada Januari 2017.


TIPS & ULASAN