Uber Kini Membolehkan Anda Menjadualkan Perjalanan Ke Destinasi Terlebih Dahulu

Uber Kini Membolehkan Anda Menjadualkan Perjalanan Ke Destinasi Terlebih Dahulu

Diterbitkan pada Sep 26, 2016 oleh .

Uber sebelum ini sekadar membolehkan anda membuat tempahan perjalanan ke sesuatu destinasi pada masa-nyata, dan pemandu akan datang mengambil anda. Kini, dalam terus memudahkan pengguna, Uber Malaysia hari ini mengumumkan fungsi menjadualkan perjalanan atau dipanggil mereka sebagai Scheduled Rides.

Uber Schdule Rides

Bermula daripada 27 September 2016 ini, pengguna di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu boleh membuat tempahan perjalanan terlebih dahulu, dan menggunakan Uber pada tarikh yang diperlukan.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh menjadualkan perjalanan antara 15 minit sehingga 30 hari akan datang, dan hanya UberX ditawarkan melaluinya buat masa ini. Pihak Uber mengatakan fungsi ini sering digunakan pengguna ketika ingin ke lapangan terbang, dan balik daripadanya.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu tap pada UberX, dan memilih Schdule Ride. Melaluinya, anda boleh menetapkan masa, tarikh, lokasi untuk mengambil anda dan juga destinasi yang dituju. Pengguna akan diberikan notifikasi apabila pemandu anda dalam perjalanan untuk mengambil-anda.

Bagi anda yang ingin menjadualkan perjalanan ke sesuatu destinasi terlebih dahulu, mungkin boleh menggunakan fungsi khusus daripada Uber ini bermula esok.


TIPS & ULASAN