REDtone Hadir Dengan Prabayar Mudah-Alih – Ansar Mobile

REDtone Hadir Dengan Prabayar Mudah-Alih – Ansar Mobile

Diterbitkan pada Sep 26, 2016 oleh .

REDtone merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada penawaran pelbagai perkhidmatan berkaitan rangkaian telekomunikasi dan juga IOT. Terkini, merka telah melancarkan sebuah perkhidmatan mudah-alih tersendiri dinamakan sebagai Ansar Mobile.

REDtone Ansar Mobile

Ansar Mobile memfokuskan kepada pengguna yang inginkan talian untuk tugasan asas. Melalui pakej yang ditawarkan, Ansar Mobile menawarkan masa penggunaan selama 30 hari dengan tambah-nilai hanya RM15. Perkara ini menjadikan ia mungkin salah satu talian yang menjadi pilihan bagi pengguna yang inginkan rangkaian khusus untuk anak-anak mereka yang sedia tinggal di rumah untuk WiFi dan hanya memerlukan talian tambahan sahaja.

Perkhidmatan prabayar ini akan beroperasi dengan menumpang talian Maxis.

Buat masa ini, kami masih belum menemui laman dan pakej rasmi untuk Ansar Mobile – dari segi caj yang dikenakan untuk panggilan dan juga langganan data.


TIPS & ULASAN