Cari @ Amanz

iPhone 7 dan 7 Plus versi Jet Black mendapat sambutan yang amat luar biasa dari peminat Apple. Kemasan berkilat seperti MacPro memberikan kelainan berbanding pilihan warna sebelum ini. Oleh sebab itu tidak mengejutkan Apple menghadapi kesukaran untuk memenuhi permintaan pengguna yang mendambakan versi ini. Menurut penganalisa di KGI Securities, ini berlaku kerana kesukaran menghasilkan kemasan berkilat untuk peranti ini.

Apple iPhone 7 Plus

Proses khas sembilan langkah yang digunakan menyebabkan 30 – 40 peratus kerangka yang dihasilkan gagal memenuhi standard yang ditetapkan oleh Apple. Ini ialah peratusan yang agak tinggi dan melambatkan proses penghasilan peranti. Berita baik bagi pengguna ialah Apple tidak memandang ringan tentang kualiti produk yang dihasilkan. Hanya kerangka yang paling sempurna akan digunakan sebelum dijual kepada pengguna. Berita buruk ialah sekiranya anda mahukan versi ini di Malaysia kelak, anda perlu menunggu lebih lama dari biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd