Xiaomi hari ini telah mengadakan sebuah acara media rasmi, dan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xiaomi Mi 5S. Berbeza dengan Mi 5 yang dilancarkan pada Februari lalu, Mi 5S mempunyai tubuh yang diperbuat daripada logam sepenuhnya. Ia mempunyai skrin bersaiz 5.2″, dan diperkasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 821.
Dengan penyertaan cip pemprosesan Snapdragon 821, pihak Xiaomi turut menyertakan sejumlah fungsi baru, termasuk sokongan pengimbas cap jari yang sangat pantas, dan Xiaomi mengelarkannya sebagai pengimbas jari ultrasonik. Pengimbas cap jari ini diposisikan pada bahagian hadapan – sedikit berbeza jikalau dibandingkan dengan Mi 5S Plus yang meletakkannya pada bahagian belakang.
Xiaomi menekankan kepada sokongan kamera melalui peranti ini, malah daripada hasil rakaman yang dikongsikan mereka, ia dilihat rakaman melalui Mi 5s ini mampu menyaingi Galaxy S7 dan juga iPhone 6S.
Xiaomi mengatakan Mi 5S berjaya merakamkan gambar yang sangat cantik melalui kamera belakang yang ultra-sensitif. Xiaomi Mi 5S ini juga turut menyertakan ruangan storan berasaskan kepada UFS 2.0, disamping dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 dan juga kemudahan NFC. Ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel daripada Sony, yang mana turut dilengkapi dengan sokongan PDAF dan menawarkan lensa rakaman-luas 80-darjah. Melengkapkan peranti ini adalah pilihan memori dalam 3GB RAM dan juga 4GB RAM.
Versi asas Xiaomi Mi 5S ini ditawarkan pada harga bermula RMB1999 (~RM1235). Buat masa ini, ia akan dipasarkan di pasaran China sahaja, dan mungkin kita akan melihatnya di Malaysia dalam beberapa bulan lagi – atau mungkin pada 2017 kelak.