Cari @ Amanz

Pada IFA 2016 yang diadakan pada awal bulan September 2016 tempoh hari, pihak Sony telah memperkenalkan dua telefon pintar mereka, iaitu Xperia XZ dan juga Xperia X Compact. Kini, agak pantas, kedua-dua peranti berkenaan bakal dilancarkan di pasaran tempatan pada 30 September 2016 ini.

Xperia XZ_005

Sony Xperia XZ merupakan telefon pintar bersaiz 5.2-inci dengan paparan 1080p, hadir menggunakan cip Snapdragon 820, memori 3GB RAM, dan dilengkapi kamera belakang 23-megapixel, serta kamera hadapan 13-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM dan juga menyertakan sokongan kalis air serta NFC.

Xperia X Compact

Sony Xperia X Compact pula merupakan telefon pintar bersaiz kompak daripada Sony dengan skrin bersai 4.6-inci, tetapi menggunakan spesifikasi sedikit rendah – termasuk paparan pada hanya 720p, menggunakan cip Snapdragon 650, memori 3GB RAM dan kamera belakang 23-megapixel.

Harga jualan dan tarikh ia mula ditawarkan dijangka diketahui pada acara pelancaran yang dijadualkan pada 30 September 2016 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd