Cari @ Amanz

Selain peranti Xiaomi Mi 5S dan 5S Plus, Xiaomi turut melancarkan dua model baru televisyen mereka. Xiaomi Mi TV 3S hadir dengan dua saiz iaitu 55″ dan 65″. Ia mempunyai panel 4K dengan sokongan HDR bagi memberikan paparan yang lebih hidup. Versi 55″ dilengkapi panel yang dihasilkan oleh LG manakala 65″ pula dilengkapi panel yang dihasilkan oleh Samsung.

xiaomi-mi-tv-3s-3 Sistem kecerdasan buatan Patchwall disertakan sekali untuk memudahkan pengguna mencari kandungan yang diingini. Kedua-dua model mempunyai ketebalan 9.9 mm dengan tubuh diperbuat daripada aluminium. Pemproses empat teras 64 bit memperkasakan televisyen ini dengan RAM sebesar 2 Gigabyte serta storan 8 Gigabyte. Harga jualan untuk model 55″ ialah RMB 3499 (~RM 2164) manakala untuk 66″ pula ialah RMB 4999 (~RM 3092).

Xiaomi turut menawarkan sebuah lagi pakej khas Home Theatre Edition untuk versi 65″ dengan sistem audio luaran. Sistem audio soundbar dipadankan dengan dua pembesar suara tanpa dan subwoofer tanpa wayar. Pakej ini dijual pada harga RMB 5999 (~RM 3710) . Penawaran harga yang menarik dari Xiaomi tetapi seperti umum diketahui Mi TV tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

xiaomi-mi-tv-3s-4

xiaomi-mi-tv-3s-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd