Cari @ Amanz

WhatsApp hari ini telah memperkenalkan kemaskini baru pada aplikasi WhatsApp Beta untuk Android, dimana melaluinya, salah satu fungsi baru yang disertakan adalah kebolehan untuk menjemput rakan menyertai WhatsApp Group melalui sebuah pautan khusus.

WhatsApp Invite Link

Fungsi ini hanya boleh diakses oleh pentadbir seseuatu WhatsApp Group sahaja. Sekiranya anda seorang pentadbir, anda boleh tap pada nama Group anda, dan seterusnya pada penjuru atas-kanan, tekan pada ikon menambah pengguna. Sebuah pilihan untuk menjemput melalui pautan disediakan melaluinya, dan ia turut menyediakan sokongan untuk menjana kod QR.

Ini mungkin memudahkan pengguna untuk menjemput rakan-rakan atau pengguna lain untuk menyertai sesuatu perbincangan dengan mudah, dimana hanya perlu menghantar pautan sahaja – dan tidak lagi perlu menambah pengguna pada buku alamat sebelum menjemput mereka.

WhatsApp Invite Link

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd