Cari @ Amanz

Blackbery DTEK 60 ialah peranti Android terkini keluaran Blackberry dengan spesifikasi tinggi. Tidak seperti DTEK 50, DTEK 60 dilengkapi skrin 5.5″ QHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 21-Megapixel dan kamera selfie 6-Megapixel. Akhir sekali ia dilengkapi bateri 3000 mAh yang dicas menggunakan port pengecasan USB-C. Terdapat juga pembesar suara stereo pada bahagian hadapan.

blackberry-dtek60-1

Rekaan peranti ini tertiris sepenuhnya dan ia mempunyai rekaan yang sama seperti Alcatel IDOL 4S. Perbezaan di antara dua peranti Android ini ialah pemproses Snapdragon 650 IDOL 4S digantikan dengan Snapdragon 820. Peranti ini dijangka dilancarkan pada bulan November dengan harga jualan CAD 699 (~RM 2189). Kepada peminat Blackberry yang kecewa dengan DTEK50 yang menggunakan Snapdragon 617, ini ialah peranti utama yang mementingkan keselamatan untuk anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd