Rekaan Huawei Mate 9 Tertiris Dengan Dwi-Kamera Leica

Rekaan Huawei Mate 9 Tertiris Dengan Dwi-Kamera Leica

Diterbitkan pada Sep 28, 2016 oleh .

Mulakan pagi ini dengan berita peranti tertiris. Kali ini tiba giliran Huawei Mate 9 pula tertiris. Seperti dijangka Mate 9 mempunyai sistem dwi kamera berkembar dengan lensa Leica. Antara ura-ura yang didengari ialah sensor berkembar 20-Megapixel akan digunakan. Dari segi saiz pula ia mengekalkan skrin 6″, diperkasakan pemproses HiSilicon Kirin 960, RAM 4/6 Gigabyte dan pilihan storan 64/128/256 Gigabyte.

huawei-mate-9-leak-2

Kamera hadapan pula dijangka sebesar 8-Megapixel. Tiada maklumat mengenai bateri setakat ini tetapi diharapkan lebih besar dari 4000 mAh yang digunakan pada Mate 8. Sistem imbasan cap jari masih lagi di bahagian belakang. Bagaimana? Adakah rekaan ini menarik minat anda?


TIPS & ULASAN