Proses tukar ganti peranti baru untuk Samsung Galaxy Note 7 sudah bermula sejak seminggu yang lalu. Ia berjalan dengan lancar di Korea Selatan, Singapura dan Amerika Syarikat. Samsung kini melaporkan 90% pemilik peranti ni memilih untuk mendapatkan peranti gantian berbanding pulangan wang semula.
Mereka turut melaporkan 60% peranti di Korea Selatan dan Amerika Syarikat sudah berjaya digantikan. Si Singapura pula 80% pemilik sudah mengambil bahagian di dalam program yang sama. Di Malaysia proses penggantian akan dilakukan esok. Samsung mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana terus setia dengan produk keluaran mereka.