Cari @ Amanz

DJI ialah Apple untuk pasaran dron dunia. Dron keluaran mereka menjadi pilihan penggemar sukan dron dunia kerana kemampuan penerbangan yang baik dan stabil. Masalah utama dron-dron keluaran mereka ialah ia tidak mudah dibawa kemana-mana. Oleh itu mereka melancarkan DJI Mavic Pro, dron kompak yang boleh dilipat dan dibawa di dalam beg.

Mavic Pro ialah dron quadrotor dengan sistem kamera yang mampu merakam video pada resolusi 4K 30FPS, 1080P 96 FPS. Rakaman gambar 12 Megapixel dengan format RAW turut disokong. Ia mampu terbang selama 27 minit dengan jarak kawalan maksimum 7 kilometer. Sistem kawalan TapFly membolehkan ia terbang ke destinasi dengan hanya menekan paparan skrin. Mavic Pro akan terbang ke destinasi secara automatik dengan kemampuan mengelak halangan yang wujud. Apabila dilipat ia hanya mengambil ruang sebesar 198 x 83 x 83 mm. DJI Mavic Pro dijual pada harga $999 (~RM 4134) dengan alat kawalan ataupun $749 (~RM 3099) tanpa alat kawalan.

dji-mavic-pro-2 dji-mavic-pro-8

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd