Instagram Untuk Windows 10 Mobile Dikemas Kini Dengan Pelbagai Fungsi Baru

Instagram Untuk Windows 10 Mobile Dikemas Kini Dengan Pelbagai Fungsi Baru

Diterbitkan pada Sep 28, 2016 oleh .

Biar lambat asalkan dapat. Ini ialah peribahasa yang dipegang pengguna Windows 10 Mobile. Aplikasi perkongsian gambar popular untuk platform ini baru sahaja dikemas kini bagi membawakan beberapa fungsi baru picit untuk zoom, kawalan ruangan komen dan kemampuan menukar warna tulisan untuk Instagram Stories. Kesemua fungsi ini terlebih dahulu hadir pada platform Android dan iOS. Muat turun kemas kini ke versi 2016.831.342.0 sekarang melalui pautan di bawah.

Muat turun aplikasi Instagram untuk Windows 10 Mobile menerusi Microsoft Store


TIPS & ULASAN