Cari @ Amanz

OnePlus X ialah peranti kelas pertengahan yang kami ulas Januari lalu. Bagi sebuah peranti kelas pertengahan, ia berfungsi dengan cukup baik sekali dengan rekaan yang cukup premium. Peranti akan menerima kemas kini Android Marshmallow secara OTA bermula minggu hadapan. Ini disahkan sendiri oleh pihak OnePlus di dalam sesi soal jawab AMA Reddit semalam.

Ini berkemungkinan besar kemas kini rasmi terakhir untuk OnePlus X kerana pemproses Snapdragon 801 yang digunakan tidak disokong oleh Android Nougat. Pihak mereka juga mengumumkan kemas kini Nougat untuk OnePlus 3 sedang dalam proses pembangunan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd