Cari @ Amanz

Penduduk bandar mempunyai akses kepada pelbagai perkhidmatan yang memudahkan urusan harian. Pembelian kad tambah nilai, pembayaran bil telefon dan televisyen satelit dapat dilakukan di pusat perkhidmatan pelanggan berhampiran. Berlainan pula ceritanya bagi penduduk luar bandar yang perlu memandu berjam-jam untuk melakukan perkara yang sama.

Perkhidmatan trak bergerak Telco Mini Centre (TMC) yang dilancarkan hari ini bertujuan mempermudahkan urusan-urusan di atas bagi penduduk luar bandar. Setiap trak dilengkapi kelengkapan komputer dan telekomunikasi yang mengubahkan menjadi kaunter bergerak. Perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah urusan pendaftaran telefon, pembayaran bil utiliti rumah serta pembayaran pinjaman pelajaran, peribadi dan perniagaan.

TMC akan memulakan perkhidmatan di beberapa kawasan pedalaman di negeri Terengganu, Sabah, Selangor, Johor dan Kelantan. Pihak TMC Mobile mensasarkan 10 trak ini akan beroperasi menjelang pengujung tahun. Dengan inisitif ini wawasan meningkat kemajuan.Tiada lagi kepincangan. Kemewahan rasa-dirasai bersama kita nikmati.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd