Cari @ Amanz

Senjata utama di dalam dunia e-sukan ialah papan kekunci dan tetikus dengan sensor optikal berkepekaan tinggi. Jenama yang sering dikaitkan dengan atlet e-sukan ialah Razer. Mereka melancarkan tetikus Razer Deathadder Elite khas untuk mereka yang serius di dalam arena permainan.

razer-deathadder-elite-3

Ia dilengkapi sensor optikal generasi ke-lima dengan kepekaan sehingga 16000 DPI dan mampu mengesan pergerakan sehingga 450 inci sesaat (IPS). Butang mekanikal baru disertakan dan dibangunkan bersama Omron. Ketahanan butang telah diuji sehingga 50 Juta klik. Terdapat tujuh butang makro yang boleh diprogramkan dan sistem lampu Razer Chroma. Kepada yang berminat tetikus elit ini dijual pada harga $70 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd