Cari @ Amanz

Mozilla sebelum ini telah menghentikan pembangunan Firefox OS untuk telefon pintar, dan ketika itu mereka mengatakan ingin membawa platform sumber terbuka berkenaan kepada beberapa peranti berhubung lain. Namun, kini nampaknya perkara berkenaan tidak berlanjutan, dan pihak Mozilla telah menghentikan pembangunan Firefox OS untuk tujuan komersial.

Konsep Firefox OS

Ini bermakna, pihak Mozilla tidak akan menyokong atau membangunkan lagi platform berkenaan. Firefox OS sebelum ini telah diperkenalkan oleh Mozilla dalam usaha menawarkan sebuah sistem operasi berasaskan kepada teknologi web. Beberapa telefon pintar dan televisyen berasaskannya telah diperkenalkan dan dipasarkan.

Namun, ia tidak menerima permintaan yang tinggi, dan mungkin perkara berkenaan menjadi salah satu sebab mengapa Mozilla menghentikan pembangunan untuk Firefox OS ini.

Walaubagaimaapun, memandangkan ia berasaskan sumber terbuka, maka ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin meneruskan pembangunan teknologi berkenaan untuk pelbagai peranti sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd