Cari @ Amanz

BlackBerry hari ini mengesahkan mereka akan menghentikan pengeluaran peranti oleh mereka sendiri. BlackBerry selepas ini dilihat akan lebih memfokuskan perniagaan ke arah perisian dan juga perkhidmatan.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang mana kita tidak lagi akan melihat telefon pintar berjenama Blackberry di pasaran. Untuk tujuan berkenaan, pihak BlackBerry akan bekerjasama dengan pihak ketiga – lebih kurang seperti DTEK50 sebelum ini yang menggunakan peranti berasaskan daripada Alcatel.

BlackBerry DTEK50

Dibawah peralihan baru ini, BlackBerry akan memfokuskan kepada pembangunan perisian – termasuk sekuriti dan juga aplikasi. Dengan menutup pelbagai pembangunan peranti didalam syarikat berkenaan, mereka dilihat akan menjimatkan kos dan membuatkan pulangan yang lebih tinggi untuk syarikat berkenaan.

Kami masih tidak maklum lagi berkenaan dengan nasib untuk BlackBerry 10. Pihak BlackBerry sendiri telah mengurangkan fokus mereka terhadapnya sebelum ini, malah pelbagai syarikat seperti WhatsApp telah menghentikan sokongan untuknya. Sebaliknya, BlackBerry kini dilihat lebih memfokuskan ke arah penggunaan platform Android. Baru-baru ini juga mereka telah mula menawarkan Blackberry Hub+ untuk pengguna Android walaupun menggunakan peranti berjenama lain.

Bergerak kehadapan, kita mungkin akan melihat pihak BlackBerry bekerjasama dengan pengeluar lain dalam memasarkan peranti berjenama BlackBerry.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd