Samsung Galaxy J7 Prime Kini Di Malaysia – Peranti Memfokuskan Wefie Pada Harga RM1199

Samsung Galaxy J7 Prime Kini Di Malaysia – Peranti Memfokuskan Wefie Pada Harga RM1199

Diterbitkan pada Sep 29, 2016 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah keluarga siri-J, iaitu Samsung Galaxy J7 Prime. Pihak Samsung memasarkan peranti ini dengan fokus terhadap selfie, dan ia telah mula dijual di Malaysia pada harga RM1199.

Samsung Galaxy J7 Prime hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan HD penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan lapan-teras 1.6Ghz, memori sehingga 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

Samsung Galaxy J7 Prime

Melengkapkan peranti ini adalah kamera hadapan 8-megapixel dengan lensa F1.9, selain kamera belakang 13-megapixel dengan lensa yang serupa. Kamera hadapan juga dilengkapi lensa rakaman luas untuk memudahkan anda merakamkan gambar berkumpulan dengan mudah. Peranti ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 3300mAh untuk penggunaan sepanjang hari.

Seperti siri J lain, pihak Samsung turut menawarkan fungsi Ultra Data Saving Mode pada peranti ini yang mampu menjimatkan penggunaan data oleh pelbagai aplikasi pada telefon pintar ini.

Samsung Galaxy J7 Prime ini hadir dengan pilihan warna dwi-tona, sama ada berwarna hitam atau putih keemasan.


TIPS & ULASAN