(Ura-Ura) Huawei Mungkin Menggunakan Tizen OS Pada Jam Tangan Pintar

(Ura-Ura) Huawei Mungkin Menggunakan Tizen OS Pada Jam Tangan Pintar

Diterbitkan pada Sep 29, 2016 oleh .

Huawei sebelum ini telah hadir dengan jam tangan pintar berasaskan Android Wear yang tampak sangat elegan. Namun, sejak daripadanya, mereka tidak mengeluarkan sebarang kemaskini baru untuk jam tangan pintar mereka.

Sebelum ini, Huawei telah mengatakan mereka menantikan komponen menjadi lebih kecil, selain cip pemprosesan yang efisyen sebelum hadir dengan jam tangan baru.

Huawei Watch Jewel

Kini, desas-desus baru hadir mengatakan Huawei mungkin menggunakan sistem operasi Tizen pada jam tangan pintar baru mereka kelak. Untuk makluman, Tizen OS merupakan sistem operasi yang menerima sokongan sejumlah rakan industri, termasuk Intel, Samsung – malah Huawei sendiri telah menyatakan sokongan untuknya.

Memandangkan sebelum ini pihak Samsung dilihat telah berjaya dengan Tizen pada Gear S2, maka tidak mustahil untuk Huawei turut melihat ke arena berkenaan, sekaligus memudahkan lagi penawaran aplikasi pada jam tangan pintar mereka kelak.

Apa pun, buat masa ini, ini hanya sekadar desas-desus awal sahaja, dan tiada lagi komen rasmi daripada pihak Huawei buat masa ini.


TIPS & ULASAN