Malaysia Mempunyai Peratusan Pengguna Instagram Paling Tinggi Di Asia Pasifik

Malaysia Mempunyai Peratusan Pengguna Instagram Paling Tinggi Di Asia Pasifik

Diterbitkan pada Sep 29, 2016 oleh .

Pengguna peranti mudah-alih di Malaysia boleh dikatakan agak tinggi, dan ini turut menyumbang kepada angka penggunaan aplikasi mudah-alih yang tinggi. Sebelum ini, kita sedia maklum Malaysia merupakan antara sepuluh negara teratas dalam aktif menggunakan Waze, dan kini melalui kajian Kantas TNS, beberapa info tambahan turut diketahui.

Daripada kajian yang dilakukan oleh Kantar TNS, mereka mendapati melalui bancian yang dilakukan, pengguna Malaysia merupakan peratusan tertinggi dalam Instagram – mendahului negara lain termasuk Singapura, Indonesia, Hong Kong mahupun Korea Selatan.

Instagram APAC

Budaya berkongsi gambar ini boleh dikatakan telah menjadi salah satu perkara biasa, malah ada yang menggunakannya untuk mengikuti perkembangan rakan-rakan mahupun selebriti dan jenama kegemaran mereka.

Disamping itu, penggunaan Snapchat juga dilihat terus meningkat, dan sekitar 37% daripada pengguna yang dibanci menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Kajian ini juga secara tidak langsung memperlihatkan peningkatan kaedah pengguna menggunakan gambar dan video dalam berkongsi sesuatu perkara – terutamanya melalui Instagram dan juga Snapchat.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun laporan penuh daripada TNS Kansar ini secara percuma (dengan memberikan maklumat seperti emel dan nama), dan mengikuti pelbagai info lanjut yang diperolehi melalui kajian ini mengenai dunia laman sosial di rantau Asia Pasifik ini.


TIPS & ULASAN