Selamat hari Khamis dan hari ini program pertukaran Note 7 dengan unit baru akan dimulakan di Malaysia. Pengguna di Singapura, Korea Selatan dan Amerika Syarikat sudah menerima peranti gantian sejak seminggu yang lalu. Isu bateri bermasalah ini nampaknya masih belum berakhir dengan laporan sebilangan pengguna mengalami masalah pemanasan melampau pada peranti gantian. Ini berlaku ketika mereka melakukan panggilan telefon.
Samsung hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menyedari akan masalah ini dan sedang menyiasat puncanya. Mereka turut menegaskan peranti menjadi panas ketika digunakan adalah normal. Pengguna tidak perlu risau buat masa kerana ia tidak mendatangkan sebarang masalah keselamatan. Kepada pembaca Amanz yang akan menerima Note 7 gantian, sila kongsikan pendapat anda mengenai peranti baru yang diterima nanti.