Cari @ Amanz

Kita sudah hampir ke bulan Oktober dan pejam celik 2016 sudah semakin hampir meninggalkan kita. Mari mulakan pagi ini dengan berita mengenai penggunaan sistem operasi terkini iOS 10 pada peranti mudah alih Apple. Sebanyak 49.3% peranti mudah alih Apple kini sudah menggunakan iOS 10. Masa yang diambil untuk mencecah angka ini ialah hanya 15 hari.

mixpanel-ios-10-1Ini ialah pencapaian yang menakjubkan kerana jika dibandingkan dengan Android, tidak sampai 1% peranti sudah menggunakan Nougat. Jumlah penggunaan iOS 10 meningkat selepas beberapa pepijat yang mendatangkan masalah berjaya diselesaikan. Kami sendiri hanya mengemaskini iPad dan iPhone peribadi dua hari yang lalu selepas Apple mengeluarkan kemas kini yang stabil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd