Carian
TCL 950 Dilancarkan Dengan Spesifikasi Setanding Blackberry DTEK60
September 29, 2016 Effi Saharudin

Blackberry secara rasmi meninggalkan arena penghasilan peranti pintar. Peranti mereka akan dihasilkan oleh pengeluar lain dengan penjenamaan semula. Semalam rekaan Blackberry DTEK60 tertiris dengan rekaan seumpama Alcatel IDOL 4S. Pada hari yang sama TCL 950 dilancarkan di China dan ia secara literal adalah sebuah DTEK 60 dengan hanya beberapa perubahan kosmetik dan perisian.

tcl-950

TCL 950 dilengkapi skrin 5.5″ AMOLED QHD, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Penambahan menggunakan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte disokong. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 21-Megapixel f/2.2 dengan sensor Sony IMX230 serta sistem pemfokusan PDAD. Kamera selfie pula sebesar 8-Megapixel f/2.2. Bateri sebesar 3000 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Seperti DTEK 60 ia turut mempunyai sistem pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Harga dan bilakan ia akan dijual masih belum diumumkan.

blackberry-dtek60-1

Komen