Peranti berhubung (IoT) ialah teknologi yang dijangka meletus di dekad seterusnya. Impak peranti berhubung ini kepada manusia dijangka setanding dengan impak pengenalan peranti pintar hampir sedekad yang lalu. Bagi memacu industri yang dijangka bernilai $883 Billion menjelang 2022, Qualcomm mengumumkan dua pemproses baru Snapdragon 600E dan 410E khas untuk peranti berhubung.
Snapdragon 600E dilengkapi empat teras Krait 300 pada kelajuan 1.5 GHz dan cip grafik Adreno 320. Snapdragon 410E pula dilengkapi empat teras pada kelajuan 1.2 GHz dan cip grafik Adreno 306. Kedua-dua cup ini tidak akan digunakan pada peranti pintar. Sebaliknya ia mensasarkan penggunaan pada kelengkapan perubatan, papan tanda digital dan robot. Pemintaran kesemua peralatan ini di masa hadapan akan memudahkan proses pemantauan dan kawalan.