Permainan Percuma Untuk Bulan Oktober 2016 Untuk Pemegang Akaun PlayStation Plus Diumumkan

Permainan Percuma Untuk Bulan Oktober 2016 Untuk Pemegang Akaun PlayStation Plus Diumumkan

Diterbitkan pada Sep 29, 2016 oleh .

Bulan Oktober dan November ialah bulan menarik bagi penggemar permainan video. Permainan yang terbaik akan dilancarkan pada waktu ini dan secara peribadi ia adalah bulan yang mengakibatkan kami sendiri terasa malas ini pergi ke pejabat. Setelah berbulan berhibernasi kerana tiada permainan blockbuster, “Broketober” akhirnya kembali.

playstation-plus-oktober-2016

Kepada pemilik akaun PlayStation Plus yang mungkin tidak mempunyai wang berlebihan jangan risau. PlayStation baru sahaja mengumkan senarai permainan percuma yang boleh dimuat turun oleh anda. Resident Evil 1 Remastered, Lords of The Fallen dan Samurai Warriors 4 ialah antara seleksi menarik bulan ini. Muat turun boleh dilakukan bermula 6 Oktober ini. Selamat muat turun! Senarai permainan percuma yang boleh dimuat turun adalah seperti berikut.

  1. Resident Evil Remastered (PS4)
  2. Lords of The Fallen (PS4)
  3. Tom Clancy’s End War (PS3)
  4. Mad Riders (PS3)
  5. Prince of Persia Revelations (Vita)
  6. Samurai Warriors 4 (Vita)

Senarai tema percuma.

  1. Resident Evil Umbrella Corps PlayStation Plus Theme
  2. ALIENATION PlayStation Plus Theme
  3. PlayStation Plus TORO World Clock Theme

TIPS & ULASAN