Kamera iPhone 7 Antara Yang Terbaik Tetapi Masih Di Belakang HTC 10 Dan Galaxy S7 Menurut DXOMark

Kamera iPhone 7 Antara Yang Terbaik Tetapi Masih Di Belakang HTC 10 Dan Galaxy S7 Menurut DXOMark

Diterbitkan pada Sep 29, 2016 oleh .

Sejak dilancarkan beberapa minggu yang lalu, antara persoalan yang ingin diketahui penggemar peranti pintar ialah kemampuan kamera iPhone 7 dan 7 Plus. Adakah Apple akhirnya akan berjaya mengalahkan HTC 10 dan Galaxy S7 sebagai raja kamera peranti mudah alih? Menurut DXOMark iPhone 7 ialah antara peranti mudah alih dengan kemampuan optik yang baik. Walaubagaimanapun ia sedikit di belakang HTC 10, Galaxy S7 dan Xperia X Performance.

iphone-7-dxomark

Ia menerima 86 markah berbanding 88 yang diterima oleh ketiga-tiga peranti di atas. Kemampuan kamera menunjukkan peningkatan berbanding iPhone 6S dan 6S Plus tahun lalu. Mereka memuji ketepatan warna, kepantasan pemfokusan di dalam situasi terang dan kadar dedahan gambar yang tepat. Kekurangan terletak pada gambar yang diambil dalam situasi pencahayaan rendah yang kurang tajam dan mempunyai masalah noise. Untuk analisis lengkap kemampuan kamera iPhone 7 sila ke pautan DXOMark di bawah.


TIPS & ULASAN