Carian
Huawei Dijangka Memperkenalkan Mate Generasi Baru Pada 3 November Kelak
September 29, 2016 Aman

Huawei terkenal dengan dua telefon pintar utama mereka, iaitu satu dibawah keluarga siri-P dan satu lagi dibawah keluarga siri-Mate. Kini dengan kehadiran penghujung tahun, semestinya ramai peminat jenama berkenaan yang menantikan peranti Mate terbaru yang telah diura-ura sejak beberapa bulan lepas.

Huawei Mate 8IMG_9940

Terkini, Huawei telah mula menghantar jemputan kepada media antarabangsa untuk sebuah acara eksklusif pada 3 November 2016 kelak. Seperti biasa, Huawei tidak mengatakan apakah peranti misteri baru yang bakal diperkenalkan – tetapi pelbagai perkara menunjukkan ia berkemungkinan adalah Huawei Mate 9.

Melalui temuramah bersama kami sebelum ini, pihak Huawei telah mengatakan mereka akan menawarkan antaramuka EMUI baru pada Mate 9 kelak, selain turut dijangka mengekalkan kamera belakang dengan dwi-lensa – berkemungkinan menggunakan jenama Leica.

Bagi anda yang mengemarkan peranti berskrin besar, maka mungkin anda boleh nantikan pengumuman pihak Huawei kelak pada 3 November kelak.

Komen