Bagaimana Mengenal-Pasti Set Galaxy Note 7 Malaysia Yang Baharu Dan Selamat?

Bagaimana Mengenal-Pasti Set Galaxy Note 7 Malaysia Yang Baharu Dan Selamat?

Diterbitkan pada Sep 29, 2016 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah memulakan proses gantian telefon pintar Galaxy Note 7 kepada mereka yang telah membuat pra-tempahan, dimana mereka diberikan dengan telefon pintar baharu yang menggunakan komponen lebih selamat berbanding sebelumnya.

Galaxy Note 7 Baharu

Samsung sebelum ini telah dihujani pelbagai kritikan disebabkan oleh beberapa kes telefon pintar yang meletup. Disebabkan oleh itu, Samsung telah memanggil semula sekitar 2.5 juta unit Galaxy Note 7 di seluruh dunia, dan menggantikannya dengan set baharu atau memberikan pilihan kepada pengguna untuk menukar-gantinya dengan wang semula.

Kini, dengan kehadiran set baharu ini, semestinya ramai yang ingin mengetahui kaedah untuk mengenali set telefon baru ini. Untuknya, dua kaedah disediakan oleh Samsung – dan telah pun dimaklumkan oleh mereka beberapa kali sebelum ini.

Pertamanya, pengguna boleh mengenal-pasti set baharu Galaxy Note 7 mereka dengan melihat kepada ikon bateri pada telefon pintar mereka. Ia akan menggunakan ikon berwarna hijau, dan bukannya berwarna putih seperti sebelum ini.

Galaxy Note 7 Hijau

Keduanya, pengguna turut boleh mengenal-pasti dengan melihat kepada kotak peranti berkenaan, dimana sebuah tanda hitam khusus diletakkan pada bahagian IMEI yang tidak terdapat pada kotak peranti sebelum ini.

Galaxy Note 7 Baharu

Bersama-sama dengan penukaran-ganti ini, Samsung turut menawarkan satu Tempered Glass Screen Protector selain Samsung Screen Protection selama setahun.

Bagi anda yang menggunakan Galaxy Note 7, mungkin boleh menukar-ganti set anda untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, dan terus memastikan telefon pintar anda selamat untuk digunakan.


TIPS & ULASAN