Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 14 Oktober 2016

Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 14 Oktober 2016

Diterbitkan pada Sep 30, 2016 oleh .

Sementara Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi mereka buat masa ini, hari ini, U Mobile melalui laman Facebook mereka telah mengumumkan yang mana iPhone 7 dan iPhone 7 Plus akan memasuki pasaran tempatan bermula 14 Oktober 2016 ini. Seperti biasa, syarikat telekomunikasi berkenaan telah memulakan proses pra-daftar minat melalui laman khusus mereka.

Apple iPhone 7 merupakan telefon pintar terbaru daripada Apple, yang hadir dengan kemaskini pada spesifikasi, disamping dilengkapi kamera yang merakamkan gambar dengan lebih terang dan jelas. iPhone 7 turut menyertakan sokongan kalis air, dan menggunakan butang Home baru yang berasaskan enjin Taptic. iPhone 7 turut menawarkan sedikit perbezaan pada rekabentuk, dimana ia kini tidak menyertakan garisan antenna pada bahagian belakang, disamping tiada ruangan bicu audio.

Apple iPhone 7

iPhone 7 Plus pula merupakan telefon pintar bersaiz sedikit besar, hadir dengan memori lebih tinggi, dan turut menyertakan sokongan dwi-kamera untuk rakaman yang lebih baik lagi.

Harga jualan kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Selain daripada U Mobile, pihak Digi turut telah menerbitkan halaman khusus untuk iPhone 7 pada web mereka.

Kemaskini : Laman iPhone 7 di Celcom juga telah boleh diakses, sementara pautan untuk iPhone 7 di Maxis sudah mula aktif.


TIPS & ULASAN