Webe Membuka Pendaftaran Pelan Telekomunikasi Mereka Untuk Semua Pengguna

Webe Membuka Pendaftaran Pelan Telekomunikasi Mereka Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan pada Sep 30, 2016 oleh .

Webe hari ini telah pun akhirnya membuka pendaftaran pelan telekomunikasi mereka untuk semua pengguna seluruh negara, sekaligus membolehkan anda yang berminat untuk mendaftarkan pelan data tanpa had serta panggilan tanpa had ini pada harga serendah RM79 (sekiranya anda merupakan pelanggan Telekom Malaysia).

Webe merupakan perkhidmatan P1 yang dijenamakan semula, dan telah diambil-alih oleh Telekom Malaysia sebelum ini. Ia menggunakan rangkaian 4G milik mereka tersendiri pada gelombang yang berbeza berbanding dengan syarikat telekomunikasi lain – sekaligus memerlukan telefon pintar khusus untuknya. Webe bekerjasama dengan Celcom untuk liputan seluruh negara untuk rangkaian 3G dan juga 2G.

Webe

Daripada ujian awal kami untuk rangkaian ini, ia menawarkan kelajuan yang tidak begitu pantas – dan kelajuan yang ditawarkan juga tidak selari mengikut lokasi. Ada kalanya kami menerima kadar muat-turun mencapai 10Mbps, dan ada kalanya hanya sekadar sekitar 1Mbps. Kami akan berkongsi lanjut mengenai keputusan ujian kami pada minggu akan datang.

Bagi anda yang merupakan pelanggan Telekom Malaysia, anda boleh mendapatkan pelan ini pada harga RM79, sementara bukan pelanggan TM boleh melanggannya pada harag RM139. Sekiranya anda tidak menggunakan telefon pintar yang disahkan mereka, maka anda perlu menambah RM60 lagi, menjadikan pelan anda berharga RM199. Pelan yang ditawarkan adalah untuk penggunaan pada satu peranti sahaja, dan perlu membuat bayaran tambahan sekiranya ingin berkongsi talian.

Webe tidak hadir dengan sebarang kontrak, membuatkan anda boleh mematikan langganannya pada bila-bila masa. Bagi anda yang ingin melanggannya, anda boleh lakukan ia melalui web rasmi Webe hari ini, dan kad-SIM akan dihantar kepada anda.

Layari : Webe


TIPS & ULASAN