Cari @ Amanz

Tablet boleh lipat ialah idea yang sudah wujud sekurang-kurangnya 10 tahun yang lalu. Prototaip skrin boleh lipat diperlihatkan oleh Samsung pada tahun 2009. Tidak seperti Kyocera Echo, skrin yang yang digunakan bersambung bagi memaparkan imej yang lebih besar. Samsung baru sahaja dianugerahkan paten sebuah tablet dengan skrin yang boleh dilipat tiga.

samsung-tablet-lipat-valley-1Pada waktu yang sama tablet ini turut mempunyai papan kekunci fizikal dan tetongkat terbina. Apabila di dalam mod tablet, ketiga-tiga skrin dibuka untuk saiz skrin maksimum. Tetongkat pada bahagian belakang boleh dikeluarkan untuk mendirikannya. Apabila dilipat pula ia kelihatan seperti sebuah buku nota. Menarik sekali ia turut mempunyai mod ketiga di mana hanya satu skrin digunakan dan ia kelihatan seperti sebuah komputer riba.

Tidak diketahui sama ada paten ini akan menjadi realiti. Samsung dikhabarkan akan melancarkan telefon dengan rekaan skrin boleh lipat pada tahun 2017. Adakah ini rekaan untuk tablet misteri dengan gelaran Project Valley? Sekiranya ia menjadi produk sebenar ianya pasti menjadikannya antara peranti paling unik di pasaran kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd