Cari @ Amanz

Hari ini, GoPro Hero5 Black dan GoPro Hero5 Session telah dilancarkan secara rasminya untuk pasaran tempatan, dan bakal dijual bermula daripada minggu hadapan. Bersama-sama dengannya, wakil GoPro tempatan turut telah berkongsi akan mengenai dron mereka yang pertama, Karma.

GoPro Karma hadir dengan rekaan boleh lipat, dan mudah dibawa bersama-sama pengguna. Ia hadir dengan sokongan untuk GoPro Hero5 dan juga Hero4. Ia turut menyertakan penstabilan bagi membolehkan rakaman dilakukan dengan baik menggunakannya.

GoPro Karma

Dron ini boleh terbang pada kelajuan mencapai 56.3km/j, selain menawarkan masa penerbangan sekitar 20 minit dengan pengecasan bateri penuh. Seperti dron lain, ia turut hadir dengan sokongan alat-kawalan khusus untuknya.

Untuk pasaran tempatan, dron GoPro Karma ini dijangka dipasarkan secara rasminya pada 2017 kelak. Seperti peranti lain, kini terdapat beberapa penjual yang telah mengambil pra-tempahan untuk dron ini, dimana ia mungkin adalah set bukan rasmi untuk pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd