Badan USB Mengumumkan Piawaian Untuk Memainkan Audio Melalui USB Type-C

Badan USB Mengumumkan Piawaian Untuk Memainkan Audio Melalui USB Type-C

Diterbitkan pada Okt 2, 2016 oleh .

USB Implementers Forum (USB-IF) pada minggu ini telah mengeluarkan piawaian dan spesifikasi untuk USB Audio Device Class 3.0. Melalui piawaian ini, ia sekaligus akan memudahkan lagi para pengeluar peranti audio untuk selarikan penawaran mereka dan menyokong memainkan audio melalui USB Type-C.

Conexant USB-C

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini, kebanyakkan peranti sedia menyertakan port USB Type-C, termasuk pada telefon pintar, peranti realiti-maya, komputer dan sebagainya. Pengenalan piawaian baru ini juga sekaligus membolehkan pengeluar peranti tidak lagi perlu menyertakan port tambahan untuk pengguna menikmati audio.

Ini sekaligus membawa kearah dimana kita mungkin melihat port bicu 3.55mm untuk audio mungkin tidak lagi akan hadir pada peranti pada masa akan datang.

Pada hari ini, beberapa telefon pintar telah hadir tanpa bicu audio 3.55mm, termasuk daripada Apple iPhone, LeEco, dan beberapa yang lain. Dengan pengenalan piawaian baru ini, mungkin lebih banyak peranti akan mengikut jejak serupa, disamping memudahkan lagi pengeluar aksesori audio untuk mengimplementasi piawaian yang selari dengan industri.


TIPS & ULASAN