PLUG – Power Bank Dengan Kapasiti 48000 mAh

PLUG – Power Bank Dengan Kapasiti 48000 mAh

Diterbitkan pada Okt 2, 2016 oleh .

Power bank ialah aksesori wajib majoriti pemilik peranti pintar sekarang. Ketika cuti Hari Raya yang lalu, kami menyedari ramai saudara mara membawa power bank sendiri. Amalan meminjam pengecas peranti yang popular sejak lima tahun yang lalu terus pupus. Tetapi kadang kala power bank kompak yang dijual di pasaran tidak cukup berkuasa untuk semua situasi. Untuk mereka yang memerlukan lebih banyak kuasa kini wujud PLUG, dengan kapasiti 48000 mAh.

plugPower bank ini direka untuk mereka yang kerap melakukan kerja di luar jauh dari palam elektrik. Ia mampu membekalkan kuasa sehinga 250 Watt. Ini bermakna ia boleh menjadi sumber tenaga untuk dron, komputer riba, televisyen dan konsol permainan. Terdapat dua palam elekrtik standard antarabangsa, dua port USB-A yang menyokong pengecasan pantas dan satu port USB-C.

Bateri yang digunakan pada kenderaan keluaran Tesla digunakan untuk menyimpan kuasa. Saiznya masih kompak iaitu 218.44 x 142.24 x 40.64 mm dengan berat di bawah 1 Kilogram. Plug boleh dicas sepenuhnya dalam masa hanya 7 jam. Ia sedang mengumpul dana melalui Indiegogo dan boleh dipesan pada harga $199 (~RM 820).


TIPS & ULASAN