Rekaan Serta Spesifikasi Google Pixel Dan Pixel XL Tertiris Sepenuhnya

Rekaan Serta Spesifikasi Google Pixel Dan Pixel XL Tertiris Sepenuhnya

Diterbitkan pada Okt 3, 2016 oleh .

Acara khas Google untuk pelancaran Google Pixel dan Pixel XL akan berlangsung pada 4 Oktober ini. Tetapi rekaan peranti dan spesifikasi peranti ini sudahpun tertiris sepenuhnya. Kita mulakan dahulu dengan Pixel. Ia dilengkapi skrin 5.0″ HD penuh AMOLED, diperkasakan pemproses Snapdragon 821, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32/128 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 12.3-Megapixel f/2.0 OIS  dan kamera selfie 8 -Megapixel. Bateri yang disertakan pula sebesar 2770 mAh dengan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

google-pixel-leak-5Untuk Pixel XL pula Ia dilengkapi skrin 5.5″ QHD AMOLED, diperkasakan pemproses Snapdragon 821, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 32/128 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 12.3-Megapixel f/2.0 OIS  dan kamera selfie 8 -Megapixel. Bateri yang disertakan pula sebesar 3450 mAh dengan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Kedua-duanya menggunakan Android 7.1 dengan port pengecasan USB-C.  Seperti keluarga Nexus, Pixel tidak menyokong penambahan storan menggunakan kad MikroSD.  Aksesori Live Case turut diperlihatkan. Buat masa ini satu-satunya misteri yang masih belum terungkai ialah harga rasmi. Ini akan diketahui selepas peranti dilancarkan awal pagi rabu ini.

google-pixel-leak-3

google-pixel-leak-2


TIPS & ULASAN